Urank Sedang Mengintai!!

Tuesday, October 6, 2009

Open Diary,

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Semoga semuanya sihat sejahtera di bawah naungan kasih dan rahmat Ilahi. Semoga Allah sentiasa memimpin hati kita agar sentiasa mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Thread ini dibuka lagi seperti yang dijanjikan, semoga kita semua dapat memanfaatkannya sebaik mungkin untuk saling bantu membantu, berkongsi ilmu dan pandangan serta mengoptimumkan setiap inci dan ruang demi kebaikan semua. InsyaAllah.

Antara sebab lain thread ini dibuka adalah bagi mengatasi kebanjiran thread masalah di ruangan kaunselor.. Semoga dengan adanya thread ini, kita dapat memaksimumkan penggunaanya sebaik yang mungkin. Memberi dan menerima. Membantu dan dibantu. Moga Allah kurniakan limpah rahmat-Nya.

Namun begitu, bagi 'win-win situation', saya memohon kerjasama sahabat sekalian agar dapat menjauhi perbincangan yang lagha/sia-sia, menjaga ikhtilat antara berlainan jantina dengan baik dan tidak menyalahgunakan thread ini untuk 'aktiviti2' tidak sihat seperti mengumpat, mencaci, mengeji, mengutuk, dan sebagainya.

InsyaAllah, saya percaya kita semua punyai iman dan keyakinan yang sama, rukuk dan sujud pada kiblat yang sama, tidak akan tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Amin..

Dalam apa jua yang kita lakukan, sentiasa ingat Allah. Berfikir sebelum menulis. Semoga kita sama2 mendapat manfaat dunia dan akhirat. Amin..

Sekian kata aluan dari saya. Teruskan berkongsi.

No comments:

Post a Comment

uhu~!!